Selasa, 13 November 2012

Negeri Syam dalam kekinian


Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, palestin dan lubnan/Lebanon. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu. Meskipun telah terpisah kepada 4 buah Negara, namun Syria masih kuat disebut-sebut dengan gelaran negeri syam kerana terdapat didalamnya ibu kota damsyik.

Menurut sejarah, dahulu Syria, Palestina, Yordania dan Libanon merupakan satu kesatuan yang dinamakan Syam. Jadi yang dimaksud negeri Syam dalam literatur sejarah Islam adalah wilayah dalam empat negara ini, dan Damaskus adalah ibukotanya.  Tapi sayang wilayah ini sekarang telah terpecah menjadi empat negara. Banyak hadits Rasulullah SAW yang menerangkan tentang keutamaan negeri Syam ini. Bahkan ada sebuah buku yang membahas tentang hal ini. Dalam Qur’an Surah Al Isra’ di awal2 disebutkan bagaimana wilayah ini diberikan Barokah oleh Allah. Jadi tidak hanya Mekkah dan Madinah saja yg memiliki keutamaan, negeri Syam pun tidak kalah menariknya.
Bumi syam mempunyai nilai dan harga yang amat tinggi. Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa negeri syam adalah sebuah tempat atau kawasan yang di dalamnya mempunyai beribu keberkatan. Jadi tidak hairanlah pelancong atau pengunjung yang tiba di syria akan merasai aura keberkatannya. Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.

Syria merupakan salah satu negeri tempat ulama-ulama besar berada. Tidak kurang dari 350 Sahabat Nabi Muhammad SAW yang dimakamkan di Damaskus, ibukota Syria.

http://izzysabki.wordpress.com/2011/03/23/bandar-damsyik-syria/
http://catataniwan.wordpress.com/2010/06/18/di-manakah-negeri-syam/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berkah Bersama Islam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger